Wednesday, February 26, 2014

Kursus Blog Hari ke 4 (Hari Terakhir)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ni merupakan hari ke 4 Kursus Asas Blog untuk JKKK Daerah Petaling Selangor. Terima kasih kepada semua ketua kampung yang hadir dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang kursus ini berjalan. Diharap semua peserta mendapat manfaat sepanjang pembelajaran blog daripada kami. Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan salah silap sepanjang kursus ini. Terima kasih sekali lagi - Fara & Zuraidah

Koleksi gambar sepanjang kursus 26-27 Februari 2014 (Kredit kepada Kampung Paya Jaras Dalam)










Monday, February 24, 2014

Kursus Blog Hari Kedua

Cerita di sini...

"Terima kasih atas kerjasama semua ketua-ketua kampung yang sudi hadir pada kursus asas Blog"

Kursus Blog Untuk Ketua Kampung

Salam bahagia, salam hari Selasa..hari ini ialah hari kedua berlangsungnya Kursus Blog Untuk Ketua Kampung khas bagi ketua kampung daerah Petaling, Selangor. Tujuan murni supaya setiap kampung mempunyai blog yang bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan cerita menarik dari segenap pelusuk kampung. Tentunya sebagai anak kampung di situ kita akan merasa bangga cerita menarik dikongsi dengan semua kan!
Harapan semoga dengan melawat Blog kampung kita ini bermakna melawat kampung kita bila-bila masa! Jadi, selamat datang dan selamat berkenalan dengan kampung yang ada.

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!
Selamat datang ke Blog kampung bagi daerah Petaling, Selangor.

Apa yang ada di blog ini? Nak tahu senarai kampung yang ada di daerah Petaling? Kami akan kongsikan pautan dan cerita-cerita menarik dari Blog Kampung. Ya, betul tu..setiap kampung tentunya ada pelbagai cerita untuk dikongsikan. Jadi mari meriahkan blog ini dengan kunjungan anda setiap hari! 

Semoga berjumpa lagi di Post seterusnya!